Wednesday, April 2, 2014

Apa itu Egg White Mucus (Cecair Kesuburan)

Bismillah....

Set kesuburan Shaklee iaitu GLA dan Omega Guard dapat membantu hasilkan egg white cervical mucus(EWCM) atau cecair kesuburan. GLA ialah Omega-6 dan Omega Guard ialah Omega-3. Kedua-dua ini mengandungi asid lemak yg sangat diperlukan oleh banyak fungsi dalam tubuh kita, termasuklah penghasilan dan keseimbangan hormon. Hormon yg seimbang sangat penting utk tahap kesuburan yg baik.

Lendir servik atau cervical mucus ialah cecair yg keluar dari vagina. Kita biasanya kenali cecair ini sebagai "keputihan". Sebenarnya, keputihan ni memainkan peranan yang penting kepada sistem reproduksi wanita. Sebab, melalui keputihan inilah segala bakteria dan sel mati akan dibawa keluar dari vagina dan rahim. Ia memastikan vagina kita ni bersih dan takda jangkitan. Yang jadi masalah bila keputihan dah warna2 kuning/hijau/coklat, bau hanyir sampai husband pun tegur. Maksudnya keputihan tu memang sahih tak normal.

EWCM ialah cecair kesuburan yg mana rupanya dan kondisinya mmg seperti putih telur. Berwarna jernih, boleh diregangkan/stretchable. Dipanggil cecair kesuburan kerana ini adalah keadaan terbaik dan selamat utk sperma. Cecair servik bertindak seperti pelincir utk sperma bergerak dalam tiub fallopio. Jika lendir servik pekat tidak licin, ini akan menyukarkan perjalanan sperma dalam tiub fallopio dan menghalang sperma daripada bertemu dgn telur utk disenyawakan. Egg white mucus juga adalah tanda berlakunya OVULASI atau waktu PALING SUBUR.

Keadaan lendir servik sebenarnya berubah-ubah bergantung kepada kitaran haid. Jadi, memang ada masanya lendir yg keluar agak pekat, cair, ada warna, tak berwarna. Tetapi keadaan lendir servik yg diidam-idamkan ialah cecair seperti putih telur atau EWCM. Di bawah ini ialah corak perubahan lendir servik yg normal, berdasarkan kitaran haid 28 hari.


waktu subur


Memeriksa cecair servik biasanya dibuat sekali dengan merekod suhu basal badan atau BBT. Kedua-dua cara ini dapat membantu menjangka waktu ovulasi dgn lebih tepat. Cara ini sangat sesuai untuk puan-puan yg ada masalah period tidak tetap.

Anda perlukan bantuan utk memahami tentang kitaran haid, cecair kesuburan dan ovulasi?
Sila hubungi saya di :-
whatsapp/sms: 0194587610 (shikin)
facebook: facebook.com/vitamin kesuburan

Set Kesuburan Shaklee - Untuk Isteri

Bismillah...

Setiap masalah kesuburan, puncanya berlainan. Maka, cara rawatannya juga berlainan. Mana boleh satu supplemen, selesaikan semua masalah kesuburan. Agak mustahil bagi saya.
Ada beberapa Set Kesuburan Shaklee untuk masalah kesuburan yang berbeza. Dan harga Set Kesuburan Shaklee ini boleh disuai padan mengikut kesesuaian bajet Puan. Saya akan cuba bantu Puan kenal pasti, set mana yg sesuai dengan masalah dan bajet Puan. Jangan risau ya :)


shaklee set subur


Set A -> GLA Complex+BComplex+Alfalfa ( RM197.25)
- haid tidak teratur
- tidak datang haid

Set B -> GLA Complex+BComplex+Alfalfa+Omega (RM333.25)
- haid tidak teratur
- tidak datang haid
- masalah berat badan
- PCOS
- Insulin Resistance

Set C -> Vitamin E+BComplex+Alfalfa (RM255.00)
- tiada masalah haid
- tiada masalah kesuburan yang jelas

Set D -> Vitamin E+BComplex+Zinc+Vitalea+Omega (RM460.50)
- tiada masalah haid
- masalah haid tambah GLA Complex
- mengalami keguguran
- Endometriosis

Nota:
- perlu kenal pasti jika ada masalah ovulasi/waktu subur
- masalah fibroid/cyst perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu
- Alfalfa tidak sesuai utk pesakit SLE/Lupus

Hubungi saya untuk mengetahui harga set ini berserta konsultasi tanpa had
PM : https://www.facebook.com/messages/vitaminkesuburan
SMS/Whatsapp: 0194587610


Tuesday, April 1, 2014

Shaklee untuk Kulit Cantik Bebas Jerawat

Bismillah....

Set Kulit Cantik Shaklee

Set ini biasa di panggil set D Shaklee. Antara set supplemen Shaklee yg paling laris. Ada 3 vitamin utama iaitu:
1. Shaklee B-Complex
2. Shaklee Vita C Sustain Release
3. Shaklee Vita E

Kenapa anda perlukan vitamin di atas?

Jarang orang melihat vitamin sebagai cara untuk merawat masalah kulit berjerawat. Tapi kenyataannya, cara pemakanan atau diet memainkan peranan penting merawat masalah jerawat dengan pengambilan nutrien yg baik untuk kulit. Nutrien boleh diperolehi melalui pengambilan makanan seperti sayur-sayuran, kekacang, ikan, telur, buah-buahan ataupun melalui pengambilan supplemen seperti vitamin Shaklee.

Bcomplex
- Antara perkara yg boleh menambahkan jerawat di muka anda ialah stress/tekanan. Vitamin B memang telah diketahui fungsinya yg mampu meredakan stress. Vitamin B3 pula boleh memperbaiki peredaran darah. Peredaran darah yg tidak lancar boleh menyebabkan kulit muka kusam. Selain daripada itu, warna kulit juga lebih sekata kerana vitamin B dapat mengekalkan pigmentasi.

Vitamin C
- Vitamin C adalah antara vitamin yg diperlukan oleh lebih 300 fungsi metabolik tubuh. Ia penting utk pemulihan sel (cellular repair), mencegah jangkitan dan meningkatkan imunisasi. Jangkitan dan sistem imunisasi yg lemah biasanya menjadi punca jerawat.

Vitamin E
- Vitamin E ini adalah vitamin yg paling penting dalam penjagaan kulit. Ia adalah sejenis antioksida yg dapat melawan radikal bebas dalam tubuh. Jika dibiarkan, radikal bebas boleh merosakkan sel termasuklah sel kulit. Vitamin E meningkatkan proses pemulihan tisu dan penyembuhan. Vitamin E dengan 400IU sesuai untuk merawat masalah jerawat.

set kulit jerawat shaklee

p/s: Kalau ada budget lebih, boleh tambah ESP. Protein berperanan dalam memperbaharui sel, menjadikan kulit lebih gebu dan tegang.

Jerawat memang masalah besar kaum wanita, dari muda sampai la ke tua. Saya dah 30an ni pun, jerawat naik juga kalau tak kena gayanya. Nampak je jerawat, benda pertama yg kita capai - OXY atau yg sewaktu dengannya. Tapi, dah tenyeh OXY 3 hari 3 malam tak hilang-hilang juga...macam mane? Kita biasanya lihat masalah jerawat sebagai masalah luaran. Sebenarnya, ia ada kaitan dengan masalah dalaman tubuh kita seperti sistem perkumuhan yg lemah, peredaran darah yg tidak lancar sebab kurang bergerak dan kekurangan nutrien dan hormon tidak seimbang


Hubungi saya untuk konsultasi masalah jerawat atau masalah kulit yg lain.
whatsapp/sms: 0194587610
PM facebook : https://www.facebook.com/messages/beautecology

Rawat Endometriosis Dengan Air Kunyit

Bismillah....

Memang terdapat banyak alternatif kepada rawatan endometriosis. Rawatan hormon, pembedahan, supplemen Shaklee dan juga kaedah tradisional.

Set Shaklee untuk Endometriosis

1. Shaklee Vitamin E
Dapat membantu mengurangkan rasa sakit akibat senggugut. Vitamin E juga sejenis antioksidan yg dapat membantu menghalang pertumbuhan tisu yg abnormal dalam badan seperti endometriosis.

2. Shaklee BComplex
- Diperlukan oleh penghidap endometriosis untuk hati menukarkan estrogen berlebihan kepada estrogen yg lemah dan kurang merbahaya.  
Bcomplex juga membantu menghasilkan ”prostaglandin baik” yg dapat merehatkan dan melebarkan salur darah. Manakala “prostaglandin jahat” menyebabkan kontraksi dan menambahkan kesakitan. Terdapat kajian menunjukkan kesakitan dan jangka masa senggugut ketara berkurangan dengan pengambilan vitamin B-complex. 

4. Shaklee Omega Guard
Asid lemak Omega-3 dapat membantu mengurangkan inflamasi/radang. Kajian ke atas dua kumpulan wanita – satu kumpulan diberi supplemen Omega-3 dan satu kumpulan diberi placebo. Kumpulan yg mengambil Omega-3, rasa sakit sakit senggugut mereka berkurangan dengan banyak sekali.

5. Shaklee Vita C Sustain Release
- Vitamin C memastikan immune sistem anda berfungsi pada tahap optimum supaya tubuh boleh mengesan dan memusnahkan tisu endometrium yg tidak normal.

6. Shaklee Ostematrix
- Ostematrix mengandungi magnesium yang dapat merehatkan otot serta mengurangkan rasa sakit ketika haid/senggugut yang teruk.

Rawatan Tradisional

Saya mmg sukakan rawatan tradisional yg menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti herba dan tumbuh-tumbuhan. Saya ingin kongsikan petua Dina Zaman, seorang penulis yg menghidap endometriosis bertahun lamanya. Cyst endometriosis Dina HILANG selepas mengamalkan air kunyit. Seperti yg dikongsikan oleh Daphne Iking di laman blog beliau -> http://daphneiking.blogspot.com/2014/02/dinas-air-kunyit-jamu.html

Minum air kunyit ini 3 kali seminggu.

Bahan-bahan:
1. Tumeric (5 ketul bersaiz  jari sederhana)
2. Ginger ( besar ibu jari)
3. Lengkuas (besar ibu jari)
4. Daun Sirih (optional)
5. Kacip Fatimah (optional)
6. Asam Jawa (1 sudu besar)
7. Gula Melaka (sedikit je utk rasa)
8. 1 liter air (lebih kurang)

Anda boleh blend/kisar bahan-bahan 1-5 dan kemudian rebus bersama gula melaka. Tetapi, wanita Indonesia yg mengajar Dina petua ini memberitahu cara terbaik ialah si pesakit mencencang bahan-bahan ini sambil niat supaya dipulihkan endometriosis, dikurniakan kesihatan yg baik. Dan juga disertai dengan selawat ke atas Rasulullah SAW. Jika Dina boleh pulih dari endometriosis dengan air rebusan kunyit ini, kenapa tidak anda? Insha Allah...dengan izin dari-Nya.



Kuruskan Badan Secara Selamat Dengan Set Shaklee

Bismillah...

Terdapat dua jenis lemak dalam badan kita ni iaitu, visceral dan subcutaneous. Subcutaneous ialah lemak yg berada di bawah permukaan kulit spt bertumpu di pinggang, punggung dan dada. Manakala visceral ialah lemak yg berada jauh dalam perut, di celah-celah organ kritikal dalam badan kita. Antara dua ini, visceral adalah lemak yg lebih merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kegagalan organ. Dan kerana visceral terletak di bahagian dalam, jadi memang MUSTAHIL untuk dihilangkan dengan krim, lotion mahupun spray. Ia hanya boleh dihilangkan dengan 3 cara ini:
- Kawal pemakanan
- Senaman
- Pengambilan Supplemen/Set Kuruskan Badan

Set Kuruskan Badan Shaklee
Set Kurus Shaklee menggunakan 3 langkah iaitu 3B:

1. BUANG - Shaklee Alfalfa/Herblax
Kenapa perlu buang atau detox? Lemak yang telah dibakar perlu dibuang keluar dari tubuh. Jika dibiarkan tersimpan walaupun sudah dibakar, lemak tadi akan diserap kembali oleh tubuh. Detox juga perlu untuk usus besar yg bersih. Jika tidak, nutrien tidak dapat diserap oleh tubuh. Badan akan hantar isyarat yg ia perlukan nutrien (masih lapar), maka kita pun makan dan makan lagi. Entri pasal perut buncit ni ada cerita in detail kaitan usus besar dengan selera makan. Alfalfa berperanan sebagai agen detox kesulurhan, melawaskan sistem pencernaan dan sangat bagus utk yg ada sembelit

2. BAKAR - Shaklee OmegaGuard/Lecithin
Lemak perlu dibakar supaya dapat dikeluarkan dari badan melalui sistem perkumuhan. Jika tidak dibakar atau diuraikan, maka berkepuklah lemak di dalam badan kita. Bila dah penuh kat pinggang, punggung, peha...lemak tu akan melimpah ruah ke bahagian organ penting badan kita yakni visceral fat. Bahaya tu dek non, risiko utk kena darah tinggi, kencing manis dll tu memang ada. OmegaGuard ni lagi satu kelebihannya, boleh kawal selera makan kalau kena cara makannya.

3.BINA - Shaklee Cinch/ESP
Bina di sini ialah bina otot bagi menggantikan lemak yang telah dibuang tadi. Kalau lemak tidak digantikan dengan otot, maka terjadilah kulit menggeleber dan tidak firm. Penat-penat je turunkan berat badan, tapi body tak mantap dan pejal. Cinch ni kaya dengan protein dan leucine yang boleh menukarkan lelemak kepada otot.


shaklee untuk kurus


Baru-baru ni ternampak produk SPRAY BAKAR LEMAK. Biar betul, spray je boleh bakar lemak? Dah tu, kenapa la banyak lagi orang yg obesiti kalau dah senang sangat nak bakar lemak. Hmmm...terbayang kambing yg di barbeque dan lemaknya yg menitis-nitis. Gitu ke kekdahnya?

Pilih set/supplemen kurus yg selamat untuk dimakan mahupun digunakan. Ada yg menjanjikan berat badan akan turun dalam masa 2 minggu sahaja tetapi bahan yg digunakan adalah sejenis dadah yg bukan sahaja boleh menyebabkan kegagalan organ tetapi juga kematian.

Set Kurus Shaklee ni saya dah guna lebih dari setahun. Tiada penurunan berat yg mendadak tetapi berat badan saya stabil dan perut saya tidak lagi buncit seperti dahulu. Ini bermakna, visceral fat telah pun berkurang. Selera makan juga terkawal dan saya tidak lagi teringin makan makanan yg merapu sebab badan saya menerima nutrien yg secukupnya. Mahukan perubahan yg sama?
Call/SMS/Whatsapp : 0194587610

Testimoni Set Kurus Shaklee Turunkan Berat Badan

Monday, March 31, 2014

Pantang Makan Kawal Endometriosis

Bismillah...

Pesakit endometriosis memang banyak pantangnya, pendek kata semua tak boleh makan. Ini kerana, recurring rate bagi pesakit endometriosis sangat tinggi. Selagi dalam badan ada hormon estrogen dan haid, makin endometriosis akan kekal ada. Tapi, orang perempuan mana boleh takda estrogen dan haid.

Pesakit endometriosis ni lazimnya mengalami kesakitan yg amat amat sangat, bukan sahaja ketika haid malah sebelum dan selepas haid. Jadi, kebiasaanya ubat untuk pesakit endometriosis ni tujuannya adalah bagi mengurangkan rasa sakit dengan cara menyekat penghasilan estrogen. Estrogen ialah hormon seksual wanita, paham-paham jelah apa yg jadi kalau estrogen ni takda. Masalah sakit hilang, masalah lain pula timbul.

Pantang Makan

Jadi, kebanyakan pesakit endometriosis akan mengamalkan diet pemakanan yg ketat bagi mengurangkan rasa sakit ketika haid. Memang tak hairan jika ramai pesakit endometriosis memilih untuk menjadi vegan, kerana ia memang berkesan utk kurangkan kesakitan. Antara makanan yg biasa dijauhi oleh pesakit endometriosis:soya : kacang soya, air soya, edamame, tempe, tauhu
-     yis : roti, makanan berasaskan doh seperti pizza, donut
-          pengawet : jeruk, asam
-          gluten : tepung gandum dan segala yg diperbuat daripada tepung gandum termasuklah kuih muih, roti, mee, kek dan lain2
-          produk tenusu : keju, susu, aiskrim, kek
-          daging : lembu, kambing
-          nasi putih
-          gula dan madu : kek, minuman, coklat, biskut dan apa-apa yg mengandungi gula
-          toksin : produk kecantikan, produk mencuci rumah, sabun, shampoo
-          makanan dalam tin : sardin, fruit cocktail, cendawan dlm tin
-          minyak sayuran dan lemak tepu : makanan bergoreng, mentega
-          makanan segera : Mcdonalds, KFC, Nandos
-          makanan diproses : sosej, burger, french fries
-          perisa/perasa makanan : monosodium glutamat (MSG), Ajinomoto, sos, kicap


Yg perlu/boleh dimakan
-          Makanan yg kaya dengan Omega-3 seperti salmon, sardin segar, flaxseed oil, walnut kerana Omega-3 bersifat anti-inflamasi
-          Makanan yg bersifat anti-inflamasi lain spt kunyit, halia
-          Sayur-sayuran terutamanya yg berdaun hijau yg ditanam secara organik
-          Buah-buahan terutamanya berries yg boleh melegakan kekejangan
-          Minyak zaitun, minyak kelapa, butter, ghee
-          Kekacang
-          Natural yogurt
-          Kekacang dan biji benih
-          Makanan yg boleh detoks badan spt green tea, bawang putih atau pun detox jus
-          Garam laut(sedikit) untuk tiroid yg sihat dan stabil
-          Telur dan ayam kampung (sekali sekala)

Derita pesakit endo

Baru-baru ini, bertemu (di fb) kembali kawan lama semasa di universiti. Kami bertemu dalam group endometriosis. Saya tahu dia dah lama berkahwin dan masih belum ada cahaya mata tapi saya tak tahu dia ada masalah endometriosis, fibroid dan cyst. Masya Allah, besar betul dugaan kawan saya ni. Katanya, bila period memang sangat2 sakit sampai boleh guling2 dan menangis. Setiap kali period, dia mmg akan ambil MC sebab tak tahan sakit. Katanya, endo memang takda ubatnya tapi boleh dikawal. Kebiasaannya, doktor akan beri ubat utk supress/sekat hormon estrogen bagi mengurangkan kesakitan. Bila kurang estrogen, masalah lain pula timbul. Ada juga yg bercerai berai kerana endo. Kawan saya beruntung dapat suami yg amat memahami


Vitamin Shaklee Meredakan Endometriosis

Bismillah...

Shaklee untuk Endometriosis 

Endometriosis tiada ubatnya. Jadi peranan supplemen ialah untuk meredakan kesakitan dan mengawal penghasilan tisu yg tidak normal daripada terus menular. Set Shaklee untuk Endometriosis terdiri daripada:

1. Shaklee Vitamin E
Dapat membantu mengurangkan rasa sakit akibat senggugut. Vitamin E juga sejenis antioksidan yg dapat membantu menghalang pertumbuhan tisu yg abnormal dalam badan seperti endometriosis.

2. Shaklee BComplex
- Diperlukan oleh penghidap endometriosis untuk hati menukarkan estrogen berlebihan kepada estrogen yg lemah dan kurang merbahaya.  
Bcomplex juga membantu menghasilkan ”prostaglandin baik” yg dapat merehatkan dan melebarkan salur darah. Manakala “prostaglandin jahat” menyebabkan kontraksi dan menambahkan kesakitan. Terdapat kajian menunjukkan kesakitan dan jangka masa senggugut ketara berkurangan dengan pengambilan vitamin B-complex. 

4. Shaklee Omega Guard
Asid lemak Omega-3 dapat membantu mengurangkan inflamasi/radang. Kajian ke atas dua kumpulan wanita – satu kumpulan diberi supplemen Omega-3 dan satu kumpulan diberi placebo. Kumpulan yg mengambil Omega-3, rasa sakit sakit senggugut mereka berkurangan dengan banyak sekali.

5. Shaklee Vita C Sustain Release
- Vitamin C memastikan immune sistem anda berfungsi pada tahap optimum supaya tubuh boleh mengesan dan memusnahkan tisu endometrium yg tidak normal.

6. Shaklee Ostematrix
- Ostematrix mengandungi magnesium yang dapat merehatkan otot serta mengurangkan rasa sakit ketika haid/senggugut yang teruk. 

Bagaimana Endometriosis Berlaku

Apabila tisu menyerupai sel-sel endometrium didapati pada bahagian selain lapisan terdalam dinding dan ruang rahim.
Contohnya :
- endometriosis pada tiub falopian
- endometriosis pada permukaan ovari, rahim dsb
- ketulan endometriosis di dalam dinding otot rahim (yang ini endometriosisnya ada nama khas iaitu adenomyosis)
- cyst endometriosis di dalam ovari (yang ini juga endometriosisnya ada nama khas iaitu endometrioma, juga disebut endometriotic cyst atau chocolate cyst)
- endometriosis juga boleh berada pada organ bukan berkaitan peranakan seperti pundi kencing, usus, paru-paru dll

Ini bermakna, jika doktor anda kata anda ada:
- Endometriosis, penyakit itu boleh berada pada mana-mana bahagian anda.
- Pelvic Endometriosis, ia berada pada bahagian pelvis
- Adenomyosis, ini khusus bermakna endometriosis itu berada di dalam dinding otot rahim

- Endometrioma, ia khusus merujuk keada cyst endometriosis di dalam ovari.

Endometriosis ialah salah satu sakit puan yg tiada ubatnya. Selagi anda wanita dan menghasilkan hormon estrogen, endometriosis akan kekal ada. Kebiasaannya penghidap endometriosis akan mengalami kesakitan yg amat sangat ketika hampir waktu period, ketika period dan selepas haid. Panadol, pain killer tidak akan mendatangkan sebarang kesan utk mengurangkan kesakitan ini. Jadi, apa yg biasa diberikan oleh doktor bagi meredakan kesakitan ialah memberikan lucrin, iaitu sejenis suntikan yg dapat menyekat penghasilan hormon estrogen. Estrogen ialah hormon seksual wanita, yg mendatangkan rasa berahi. Jadi, bila tiada estrogen maka nafsu seksual juga akan merudum. Sama seperti wanita yg telah menopaus. 

Hubungi saya untuk konsultasi dan maklumat lanjut.
whatsapp/sms: 0194587610