Bismillah...
Sebagai ibu, saya memang cuba sedaya upaya tak nak bagi ubat/drug bila anak saya demam, selesema, batuk etc. Saya pasti, ibu-ibu yang lain pun begitu juga. So, kali ni saya nak kongsi remedy yang natural lagi organik dengan ibu-ibu sekalian.
Biasa dengar cuka epal atau apple cider vinegar (ACV) tak? Biasanya org guna apple cider vinegar ni sebagai salad dressing je. Sebenarnya, ACV ni banyaaakkk sangat kebaikan dia. Saya sendiri sebenarnya baru je discover kebaikan ACV ni tahun lepas. Asalnya, suami saya mencari rawatan alternatif untuk masalah sinus dia dan terjumpa psl ACV ni. Bermula dari situ, kami sekeluarga pun ambik ACV ni jugak
8 kebaikan ACV ni.
1. Boleh meleraikan mukus yang ada dalam badan dan membersihkan kelenjar limfa atau lymph node
Campurkan ACV dan madu, larutkan dalam air suam. Kalau batuk kering, tekak gatal takleh tidur...sangat la mujarab. Alhamdullillah, anak saya sekarang dah tak ambil ubat batuk lagi. Anak saya juga ambil Shaklee OmegaGuard untuk cairkan kahak.
2. Meredakan allergi sebab ACV boleh mengurangkan mukus dan sinus congestion
Secara tak langsung mengurangkan sakit tekak dan sakit kepala, akibat dari sinus tadi
3. Membantu dalam mengurangkan berat badan
2 sudu teh ACV larutkan dalam 16 ounces air. Boleh buat minum sepanjang hari.
Bahan utama dalam ACV ialah acetic asid. Kajian padat tahun 2009 yang diterbitkan dalam Bioscience, Biotechnology, and Biochemistry menunjukkan, pengambilan acetic acid selama 12 minggu, penurunan ketara pada ukuran pinggang, berat badan dan triglycerides(penyumbang utama kolestrol)
4. Melegakan keletihan yang amat sangat
Bila letih, badan kita menghasilkan lactic acid. Amino acid yang terkandung dalam ACV adalah antidot kepada lactic acid ni. Disamping postassium dan enzim yg terkandung dalam ACV boleh meredakan keletihan. Kalau ibu-ibu yang selalu penat lepas kemas rumah dari pagi smpi ke malam asyik bersepah je (hehe..), boleh minum campuran ACV dan air. Dengan jus pun boleh jugak.
5. Melegakan pedih ulu hati (heart-burn)
Minum sesudu ACV, pastu minum air segelas
6. Regulate pH kulit
Ada yg cadangkan utk guna ACV sebagai toner. Ada juga yg guna sebagai deodoran. Ok, ni saya nk try :-)
7. Detox utk badan, secara overall
Kajian menunjukkan ACV boleh stimulate cardiovascular circulation dan membantu untuk detox hati.
8. Membuatkan rambut beralun dan bermaya (mcm iklan shampoo pulak :-p)
Gunakan ACV utk membilas rambut selepas bersyampu.
Tips:
- Berkumur selepas minum ACV sbb ACV very acidic, boleh menipiskan enamel gigi
- Pastikan ACV tu organic, " with the Mother". Mak sapa??? Hehe..mother ACV ni mcm kat gambar bwh ni, mcm spider cob-web gitu. Hanya organic ACV je ada Mother ni cth : BRAGG.
![]() |
credit |
Sumber:
http://www.webmd.com/diet/apple-cider-vinegar?page=2
http://www.mindbodygreen.com/0-5875/15-Reasons-to-Use-Apple-Cider-Vinegar-Every-Day.html
http://www.rd.com/slideshows/8-health-benefits-of-apple-cider-vinegar/#slideshow=slide8
Lg info berguna..suka baca.nk amalkan ACV pasni ;-)
ReplyDeleteYup, ACV mmg bagus. Cari yg organik tau...yg ada "Mother" tu
Delete